Ahli Armada Bersatu meningkat, cecah lebih 120,000

Iklan
Muhammad Faiz.

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di seluruh negara ketika kini mencatatkan jumlah keahlian seramai 120,756 orang.

Penolong Setiausaha Armada, Muhammad Faiz Rahmad berkata, jumlah keahlian meningkat sebanyak 11,637 orang berbanding 109,119 pada tahun sebelumnya.

Iklan
Iklan

Ujarnya, secara keseluruhan sayap parti itu mempunyai sebanyak 173 bahagian.

"Kalau kita lihat terdapat pertambahan yang sangat positif untuk keahlian Armada dan kita juga aman perbanyakkan lagi program-program pada masa akan datang," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Armada di sini pada Sabtu.

Perhimpunan kali keempat ini juga menyaksikan seramai 429 perwakilan dari seluruh negara yang hadir.

Iklan