[VIDEO] Proses pemilihan sayap UMNO berjalan lancar

Iklan
Pemilihan di peringkat Puteri UMNO Bahagian Pontian berjalan lancar di Dewan UMNO Pontian pada Sabtu. (Gambar kecil: Ahmad Maslan)

PONTIAN - Proses pemilihan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul, setakat pagi Sabtu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, proses pemilihan membabitkan 191 bahagian UMNO di seluruh negara itu dilaporkan berjalan dalam suasana harmoni dan penuh semangat.

Iklan
Iklan

"Tempoh pengundian peringkat sayap di bahagian UMNO yang terkesan banjir juga dilanjutkan sehingga jam 7 malam sebagaimana diumumkan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) sebelum ini," katanya.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, lebih 20,000 cawangan UMNO sebelum ini telah selesai mesyuarat pada 1 hingga 26 Februari lalu dalam keadaan aman dan tidak timbul sebarang kejadian tidak diingini.

Iklan

"Kita harap momentum tersebut dapat diteruskan di peringkat bahagian. Di peringkat cawangan juga ada pemilihan membabitkan cawangan, Puteri, Pemuda dan Wanita tetapi semuanya baik sahaja.

"Setelah selesai persidangan pada hari ini, persidangan perwakilan di bahagian bagi memilih jawatan Ketua dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Naib-Naib Presiden UMNO dan ahli Majlis Kerja Tertinggi ( MKT ) UMNO akan diadakan pada minggu depan," katanya ketika ditemui pada Sabtu.

Iklan

Bagi pemilihan Wanita UMNO, seramai dua calon menawarkan diri bertanding untuk jawatan Pengerusi Tetap manakala Timbalan Pengerusi Tetap (empat calon), Ketua Wanita UMNO (dua calon), Naib Ketua Wanita UMNO (dua calon) dan 61 orang bagi jawatan Exco.

Sementara, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pula, seramai tujuh calon menawarkan diri untuk jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap (12), Ketua (empat), Naib Ketua (empat) dan 113 jawatan Exco.

Manakala, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyaksikan dua calon menawarkan diri bagi jawatan Pengerusi Tetap, dua Timbalan Pengerusi Tetap, enam untuk Ketua, tiga Naib Ketua dan 42 calon bagi jawatan Exco.