'Orang Islam patut lebih arif tentang rasuah'

Iklan
Azli ditemui pada Program Bicara Komuniti Sri Mahligai - Komuniti Sihat Tolak Rasuah di Seksyen 9 di Shah Alam pada Sabtu.

SHAH ALAM - Masih ramai orang Islam tidak memahami konteks ajaran agama Islam sehingga sanggup melibatkan diri dalam amalan memberi dan menerima rasuah.

Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusuf berpandangan, masyarakat Islam perlu cuba dan sepatutnya lebih memahami nilai-nilai baik yang ada pada agama Islam seperti amanah, jujur dan berintegriti.

Iklan
Iklan

"Kita patut lebih memperbaiki keadaan ini sambil komited dengan agama Islam yang bukan hanya khusus kepada sembahyang, puasa dan zakat," katanya pada Program Bicara Komuniti Sri Mahligai - Komuniti Sihat Tolak Rasuah di Seksyen 9 di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Rasuah Busters Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel dan dan Pengarah Program, Abdul Mohsien Mohd Shariff.

Iklan

Dalam pada itu, Azli bagaimanapun berkata, perang terhadap rasuah ini bukan hanya melibatkan masyarakat Islam sahaja sebaliknya semua pihak namun masyarakat Islam perlu menunjukkan contoh yang baik.

"Itu kita tidak nafikan tetapi hasil daripada kepercayaan dan amalan kita sebagai orang Islam bagaimana untuk kita terjemahkan dalam masyarakat melalui adab dan budaya yang baik yang ada serta ditekankan dalam Islam," katanya.

Iklan