'Tambah beban rakyat lagi'

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

KUANTAN -"Ia akan menyusahkan lagi rakyat terutamanya yang benar-benar terdesak sekarang," kata seorang pekerja ladang, M Zakiyamani Kassim, 44.

Zakiyamani berkata sedemikian susulan kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pencarum sepertinya tidak mahu menanggung beban lagi kerana mereka memerlukan wang untuk kelangsungan hidup.

"Saya rasa berikan peluang kepada pencarum yang betul terdesak mengeluarkan wang mereka tetapi boleh dihadkan peratusan pengeluaran wang itu.

Iklan

"Saya tahu KWSP adalah simpanan untuk hari tua nanti tapi dalam situasi kini, keperluan mendesak dan sebab itu pengeluaran bersasar adalah langkah paling sesuai," katanya.

"Pinjaman ini bermaksud kena bayar balik dengan faedah, tapi apa faedahnya duit ada, pergi buat pinjaman.

Iklan

"Bila sebut pinjaman, bermaksud nama kena bersih dari rekod senarai hitam, macam-macam lagi jadinya menyusahkan rakyat juga," ujar Siti lagi.

Seorang pekerja swasta, Mohd Khairul Azrin Holed, 29, menyifatkan langkah itu kurang bernas selain seolah-olah kerajaan tidak dapat membantu rakyat.

"Sepatutnya kena cari langkah lain, ini wang pencarum sendiri, jadi kalau dengan buat pinjaman menambahkan lagi beban rakyat.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis dilapor berkata, kerajaan bersetuju memperkenal kaedah secara kolateral iaitu menggunakan wang caruman KWSP sebagai cagaran kepada bank untuk membuat pinjaman peribadi.