SHAH ALAM - Bersempena dengan kehadiran Ramadan, Hotel DoubleTree Hilton Shah Alam i-City menawarkan hidangan istimewa bufet bertemakan cita rasa serantau.
Pengurus Besar, Gagan Talwar berkata, tema cita rasa serantau terinspirasi daripada keunikan budaya dan masakan ikonik Malaysia.
"Kami turut menampilkan hidangan dari negara Indonesia dan Thailand.
"Makan Kitchen juga menyediakan hidangan istimewa India dan masakan Cina di samping menikmati pelbagai lagi hidangan seperti Rojak Buah Pak Muaz dan Rojak Tonggek,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya, setiap minggu akan menampilkan hidangan yang berbeza-beza bagi memberikan pengalaman yang terbaik buat pengunjung.
Antara hidangan istimewa yang boleh dinikmati ialah nasi minyak berempah, ayam goreng lengkuas, dan sotong sambal petai.
"Harga bagi orang dewasa adalah RM178 dan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun berharga RM89 serta percuma di bawah umur lima tahun.
"Tawaran pembelian awal pada harga RM148 bagi setiap orang dewasa untuk tempahan dan bayaran penuh boleh dibuat dari sekarang hingga 21 Mac 2023,” jelasnya.
Jelasnya, bufet tersebut diadakan pada setiap Sabtu hingga Rabu dan tempahan awal boleh dilakukan supaya pengunjung dapat menikmati harga diskaun bagi dewasa.
"Pengunjung juga boleh menikmati diskaun 15 peratus untuk tempahan berkumpulan seramai 15 orang dan ke atas. Bufet ini akan bermula dari 6.30 petang hingga 10.30 malam,” ujarnya.
"Selain tawaran bufet Ramadan, kami turut menyediakan kawasan makan peribadi yang sesuai untuk sebarang majlis di samping meraikan bulan mulia bersama kami,” katanya.