Hujan lebat tak halang 15,000 umat Islam munajat bersama PM

Iklan
Sekitar suasana dan para peserta yang hadir pada program Selawat dan Munajat Perdana Untuk Malaysia bertemakan ‘Mahabbah Rasulullah Asas Kejayaan Malaysia MADANI’ di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada Sabtu - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Hujan lebat tidak melunturkan semangat lebih 15,000 umat Islam menghadiri Program Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba sekitar jam 7.53 malam diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Iklan
Iklan

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin Imam Masjid Shah Alam, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki.

Ia disusuli program selawat dan qasidah oleh Syabab EI-Mustofawiyah yang menjadi johan Festival Qasidah tahun lepas.

Iklan

Antara tokoh yang hadir memberikan ceramah dan tausiyah ialah Pendakwah Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar.

Anwar dijangka mengalunkan selawat Nuril Anwar dalam program bertemakan Mahabbah Rasullulah Asas Kejayaan Malaysia Madani itu.

Iklan

Dalam masa sama, program berkenaan turut menampilkan tokoh agama antaranya johan qari antarabangsa, Amirahman Abbas dan Sheikh Razak al-Masri yang akan bersama-sama mengalunkan selawat.

Program itu dianjurkan Pertubuhan Dai Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - Awani