Jurutera lemas ketika mandi pantai bersama keluarga

Iklan
Seorang jurutera lemas selepas mandi-manda bersama keluarga di Pantai Kuala Gel, Melawi, Bachok pada Sabtu.

BACHOK - Seorang jurutera ditemukan lemas selepas mandi-manda bersama keluarga di Pantai Kuala Gel, Melawi di sini pada Sabtu.

Mangsa, Fauzan Azamuddin, 34, yang bekerja di Pejabat Kesihatan Kota Bharu dipercayai meninggal dunia pada jam 7.03 malam selepas diselamatkan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian itu, seorang lagi ahli keluarga mangsa yang berusia 37 tahun turut dikhuatiri lemas.

Bagaimanapun lelaki tersebut berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Iklan

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.

Beliau berkata, mayat jurutera tersebut telah dibawa ke Unit Forensik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Iklan