Ledakan padu Kvaratskhelia persis Maradona, Baggio

Iklan
Kvaratskhelia (depan) meledak satu gol ketika membantu Napoli menewaskan Atalanta 2-0 dalam saingan Serie A pada Ahad. - Foto Agensi

KELINCAHAN pemain muda, Kvicha Kvaratskhelia ketika membantu Napoli menewaskan Atalanta 2-0 dalam saingan Serie A awal pagi Ahad persis legenda, Diego Maradona dan wira Itali, Roberto Baggio.

Pemain antarabangsa Georgia itu memecah kebuntuan apabila meledak gol pembuka tirai yang menakjubkan pada minit ke-60.

Iklan
Iklan

Dia membuat larian solo dari luar kotak penalti sebelum memperdaya tiga pertahanan lawan menerusi gerakan ke kiri dan kanan gawang Atalanta.

Ketika pertahanan lawan yang seakan-akan mengejar 'bayang-bayang', pemain berusia 22 tahun itu merembat kencang menewaskan penjaga gol, Juan Musso.

Iklan

"Dia mempunyai keupayaan untuk mengelecek bola ke dalam dan kemudian melepaskan rembatan dengan pantas. Kita boleh memanggilnya dengan nama terhebat seperti yang pernah dilihat dunia.” ujar jurulatih Napoli, Luciano Spalletti dalam sidang akhbarnya selepas perlawanan.

Napoli kemudian menambah gol menerusi Amir Rrahmani pada minit ke-77 untuk selesa di puncak liga dengan 68 mata.

Iklan

Kelincahan pemain sayap itu di depan gawang mengundang reaksi positif dalam kalangan peminat.

Maka tidak hairan peminat Napoli menggelarnya Kvaradona mengambil sempena nama stadium keramat Napoli iaitu Maradona.

Malah ada juga dalam kalangan peminat membandingkan teknik Kvaratskhelia itu persis gerakan lincah Zinedine Zidane atau George Best yang diibaratkan satu lawan lapan tetapi yang satu tidak seperti yang lain.

Kelincahan Kvaratskhelia itu menyebabkan dia sangat berbahaya apabila berada di kawasan lawan kerana pemain pertahanan tidak tahu dia mahu membawa bola ke kanan atau kiri.

Keadaan itu menjadikannya sukar diramal dan memiliki corak permainan sempurna apabila mampu memperdaya pemain lawan dengan helahnya.