Aktiviti perkhemahan di Muzium Chimney

Iklan
Para peserta bergambar di Gedung Ubat ketika menyusuri denai bersejarah dan Geotapak Chimney Trail Tanjung Kubong pada program bermalam di muzium 'Sleepover and Camping' di Muzium Chimney sempena musim cuti persekolahan.

Program bermalam di muzium yang menyasarkan penglibatan komuniti pelbagai peringkat umur terutama pelajar sekolah itu merupakan program tahunan Jabatan Muzium Malaysia (JMM) Labuan sejak tahun 2005.

Antara aktiviti pengisian yang turut diadakan adalah berkhemah di kawasan muzium, eksplorasi menyusuri denai sejarah dan Geotapak Chimney Trail Tanjung Kubong dan tayangan wayang pacak.

Program sebegini selaras dengan hasrat JMM bagi menyediakan aktiviti menarik di muzium, menyemarak seterusnya mempromosi muzium-muzium di Wilayah Persekutuan Labuan khususnya Muzium Chimney.

Seramai 33 peserta terdiri daripada peserta berumur 8 hingga 35 tahun dari dalam dan luar Labuan menyertai aktiviti ini.

Penganjuran program ini turut dijayakan dengan kerjasama Tourism Malaysia ,Pusat Ko-Kurikulum Jabatan Pendidikan Negeri dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Labuan.