MELAKA - Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki memukul dua pemuda berumur 20-an dalam pergaduhan yang berpunca daripada permainan video dalam talian Mobile Legend, di Telok Mas di sini petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pergaduhan berlaku semasa pengadu bersama seorang rakannya yang berada di sebuah stesen minyak, didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal yang kemudian bertindak memukul mereka.