Ketiadaan Ott dirasai Kedah

Iklan
Manuel Ott (tengah) tidak dapat diturunkan ketika menentang Kelantan United di Kota Bharu bagi aksi Liga Super pada Isnin kerana dilayangkan kad merah. - Foto KDA FC

KETIADAAN Ketua Pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Manuel Ott yang tidak dapat disenaraikan pada aksi keempat Liga Super 2023 menentang Kelantan United membuka ruang kepada pemain lain untuk membuktikan keupayaan membantu pasukan pada Isnin.

Pengendalinya, Nafuzi Zain mengakui ketiadaan Ott yang dilayangkan kad merah semasa menentang PDRM FC memberikan kesan kepada jentera tengah namun situasi tersebut adalah perkara biasa di dalam sukan bola sepak.

Iklan
Iklan

"Namun perkara ini sudah terjadi (kad merah) dan kita terpaksa menerima keadaan ini dengan melakukan penggantian pemain agar dapat mengimbangi keadaan itu," katanya ketika diminta mengulas aksi bertemu Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada Isnin.

Mengulas lanjut, pengantian pemain dilakukan sebaik mungkin agar taktikal yang mahu dibawa dapat digerakkan oleh pasukan itu sebaik mungkin.

Iklan

Menurut Nafuzi, Kijang Hijau yang kini berada di dasar liga pastinya mahu memburu tiga mata di laman sendiri selepas mencatatkan dua kekalahan dan satu seri selepas tiga perlawanan.

"Bagi saya sama ada kita beraksi di tempat lawan atau berada di laman sendiri atau dengan siapa kita berjumpa, lebih penting adalah persiapan kita sendiri untuk menghadapi sesuatu perlawanan itu dengan cara kita serta taktikal yang kita persiapkan.

Iklan

"Kita mendapat banyak pengajaran daripada perlawanan yang kita lalui setakat ini dan jika kita dapat bermain dengan baik, kita tetap akan rasa puas hati," ujarnya.