Jentera serangan TFC masih tumpul

Iklan
Steinbruckner

TERENGGANU FC (TFC) masih dibelenggu ketumpulan jentera serangan menyebabkan pasukan itu hanya menang tipis 1-0 ketika menentang PDRM FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam Sabtu.

Perkara itu diakui jurulatihnya, Tomislav Steinbruckner yang turut menyifatkan corak permainan yang ditampilkan anak buahnya tidak menunjukkan banyak perubahan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia masih belum berpuas hati dengan penampilan Naib Juara Liga Super musim lalu itu yang sepatutnya menewaskan pasukan lawan dengan kelebihan jaringan besar.

Jelasnya, kelebihan jaringan belum dimanfaatkan sepenuhnya walaupun telah menggantikan Ivan Mamut dengan Jordan Mintah untuk mengetuai jentera serangan pasukan.

Iklan

"Mintah bermain baik dengan gerakan yang berbahaya. Secara keseluruhan saya gembira dengan kemenangan ini, cuma sentuhan penyudah belum memuaskan.

"Kami sebenarnya mampu menang dengan penguasaan penuh selain berjaya menghalang usaha pihak lawan melancarkan serangan balas," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Iklan

Dalam pertemuan itu, TFC hanya berjaya mencetak satu gol ketika melayan kunjungan PDRM FC yang ketika itu hanya beraksi dengan 10 pemain.

Sementara itu, ketua jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz menyifatkan layangan kad merah kepada penjaga gol, Ramdhan Ab Hamid antara faktor pasukan itu terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Walaupun begitu, katanya, beliau tetap memberikan kredit kepada anak buahnya dan menyifatkan kehadiran mereka dalam kancah Liga Super bukan sekadar pasukan pelengkap atau belasahan.