Muhyiddin tidak perlu bersikap mempertahankan diri

Iklan
Nik Nazmi - Foto Bernama

BATU KAWAN - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu terlalu bersikap mempertahankan diri selepas menghadapi enam pertuduhan salah guna kuasa rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia merupakan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan perlu dihormati.

Iklan
Iklan

"Saya ingat lagi macam mana ketika kes siasatan terhadap UMNO dibuat dulu, Muhyiddin berkata, ia hanya satu proses siasatan yang dijalankan oleh SPRM dan semua pihak perlu menghormatinya.

"Dan ketika ini, ia proses sama yang sedang dijalankan oleh SPRM. Seperti Perdana Menteri kata, proses ini tiada campur tangan kerajaan. Saya rasa ada banyak lagi kes mahkamah melibatkan ahli Parlimen di kedua-dua belah pihak.

Iklan

"Oleh itu, biar proses ini berjalan dan tidak perlu rasa untuk pertahankan diri. Jika mahu, gunakan mahkamah untuk membersihkan nama," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Karnival Alam Kita 2023 di Stadium Batu Kawan pada Ahad.

Pada Jumaat, Muhyiddin mempersoalkan bagaimana Jabatan Peguam Negara boleh membuat keputusan lebih awal untuk mendakwanya sedangkan beliau belum memberikan sebarang kenyataan kepada SPRM.

Iklan

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, beliau mengetahui keputusan untuk mendakwa dirinya sudah dibuat oleh kerajaan walaupun siasatan belum dilengkapkan.

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kes beliau termasuk menjawab segala pertuduhan terhadapnya di mahkamah.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam pada itu mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak campur tangan dalam perkara tersebut.