Mogok: Empat lapangan terbang di Jerman batal penerbangan

Iklan
Lapangan terbang Berlin, Hamburg, Hanover dan Bremen akan membatalkan penerbangan berlepas pada Isnin susulan mogok. (Gambar hiasan) - Foto 123rf

BERLIN - Lapangan terbang Berlin, Hamburg, Hanover dan Bremen akan membatalkan penerbangan berlepas pada Isnin susulan mogok, lapor media Jerman.

Kesatuan sekerja sektor perkhidmatan Jerman Verdi telah menyeru kakitangan keselamatan untuk mengadakan mogok, lapor Sputnik memetik akhbar Jerman Welt.

Iklan
Iklan

Syarikat yang menguruskan lapangan terbang itu menjelaskan bahawa hampir 200 penerbangan di Berlin akan dibatalkan sekali gus menjejaskan kira-kira 27,000 penumpang.

Kesatuan itu menggesa mogok diadakan bagi menuntut upah lebih tinggi untuk kerja pada hujung minggu dan malam serta bayaran lebih masa yang lebih baik.

Iklan

Bulan lalu, Verdi mengumumkan mogok 24 jam untuk menuntut kenaikan gaji yang telah menjejaskan lapangan terbang di beberapa bandar Jerman. - Bernama

Iklan