Selangor teliti kaedah pinjaman beli Rumah Selangorku

Iklan
Amirudin (dua dari kiri) menerima penyerahan bayaran premium tanah 2023 pada Program Jelajah #Kita Selangor Penyayang di Petaling Jaya.

PETALING JAYA - Kerajaan Selangor sedang meneliti kaedah terbaik bagi mengatasi isu kesukaran pembeli Rumah Selangorku untuk mendapat kelulusan pembiayaan pinjaman.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya melalui Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) mengesan sebanyak 60 peratus daripada pemohon terpaksa menolak tawaran kediaman mampu milik berikutan masalah pinjaman bank.

Iklan
Iklan

"(Misalnya) kita keluarkan surat tawaran kepada 100 orang dan 60 orang menolak (tawaran) kerana ada masalah pinjaman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Jelajah #Kita Selangor Penyayang di Padang Permainan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Desa Mentari 3 Petaling Jaya di sini pada Ahad.

Iklan

Hadir sama, Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail.

Sementara itu, Rodziah ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya juga mungkin akan membincangkan perkara tersebut bersama Kementerian Kewangan (MoF).

Iklan

"Apa yang Menteri Besar maklumkan amat benar iaitu masalah besar (pemohon menolak tawaran) kerana pinjaman.

"Kita akan bersama MoF melihat bagaimana untuk bantu mereka yang tiada butiran pinjaman terutama penjaja kecil dan pekerja kontrak," katanya.

Pada Sabtu, Rodziah memaklumkan hampir 120,000 pemohon Rumah Selangorku dalam senarai menunggu berdasarkan rekod Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Jumlah itu melebihi sekali ganda daripada sasaran kerajaan negeri yang merancang membina 60,000 unit rumah mampu milik itu menjelang 2025.