Anak Tajuddin tewaskan Ketua Wanita UMNO Perak

Iklan
Sri Rahayu

IPOH - [DIKEMAS KINI] Anak bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datin Sri Rahayu Tajuddin dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak yang baharu selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin sempena pemilihan UMNO bahagian itu pada Sabtu.

Bagi jawatan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Noraini Bahari memenangi pemilihan kali ini sekalu gus menewaskan Suhaili Suib.

Keputusan itu turut menyaksikan pasukan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun tewas namun berbeza dengan keputusan pemilihan bagi Pemuda dan Puteri UMNO bahagian.

Iklan
Iklan

Jawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian pula disandang muka baharu iaitu Mohd Yafiz Mustafa manakala Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian dimenangi Mohd Farid Mohd Hayati.

Mohd Yafiz (kiri) dan Mohd Farid memenangi jawatan ketua dan naib ketua Pemuda UMNO bahagian Pasir Salak menerusi pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.

Puteri UMNO bahagian juga menyaksikan penampilan muka baharu apabila Azuwa Sulaiman memenangi jawatan ketua manakala naib ketua disandang oleh Saila Mohd Saleh.

Iklan

Pemimpin yang dipilih bagi sayap pemuda dan puteri itu merupakan sebahagian daripada pasukan diumum Khairul Azwan sebelum ini sempena pemilihan UMNO.

Azuwa (kiri) dan Saila memenangi jawatan ketua dan naib ketua Puteri UMNO bahagian Pasir Salak menerusi pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.

Pada 28 Februari lalu, Khairul Azwan yang akan bertanding Ketua UMNO bahagian itu mengumumkan pasukannya terdiri daripada calon timbalan ketua UMNO bahagian sehinggalah calon naib ketua Puteri UMNO bahagian.

Iklan

Bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan ditentang Dr Faizal Tajuddin yang merupakan anak sulung Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.