Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Dua yang bakal beroperasi 16 Mac ini mampu mengurangkan kesesakan jalan raya, terutamanya bagi jalan dan lebuh raya yang menuju ke pusat bandar Kuala Lumpur.
MRT Putrajaya secara keseluruhannya melibatkan laluan sepanjang 57.7 KM dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral, dengan 36 stesen termasuk sembilan stesen bawah tanah dan 49 set tren. - Foto Bernama