Zahid sedia disiasat, terima cabaran Muhyiddin

Iklan
BERITA SEMASA 12 MAC 2023Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaanya untuk disiasat mana-mana pihak atau pada bila-bila masa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.Timbalan Perdana Menteri itu berkata, ia susulan cabaran yang dilontarkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat SPRM.Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar SPRM menyiasat dana politik yang diterima UMNO, PKR dan DAP yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.#BeritaSemasa #SinarHarian