PRN: Anak muda jangan takut undi PN - Wan Ahmad Fayhsal

Iklan
Wan Ahmad Fayhsal menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kali Kelima Tahun 2022 pada Ahad. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Anak muda tidak perlu takut untuk mengundi Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, sekiranya PN berjaya menawan kesemua enam negeri pada pilihan raya berkenaan, ia sudah tentu memberi bayangan kerajaan hari ini tidak akan kekal lama.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemenangan dalam PRN nanti terutamanya di negeri Selangor akan menjadi bukti pertama PN akan kembali semula ke Putrajaya, namun dalam masa sama mengingatkan jentera parti tidak mengambil mudah sokongan anak muda kerana sebarang perubahan boleh berlaku dengan pantas.

"Oleh itu, kita perlu sedar dan memahami apakah permasalahan yang melanda anak muda hari ini. Dalam sidang Dewan Rakyat, saya bertanya Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin mengenai status janji hapus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) namun kita dapat tahu fakta yang merisaukan iaitu sebanyak 1.84 juta peminjam sebenarnya taraf B40.

Iklan

"Golongan ini sebenarnya pengundi kita dan mereka harap kita cari jalan keluar untuk anak muda menjadi pembayar cukai dan dapat pekerjaan yang bermaruah," katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Menara PGRM di sini.

Iklan

Tambah Wan Ahmad Fayhsal, PN akan pastikan setiap janji manifesto parti itu dilaksanakan sekiranya diberi mandat menjadi kerajaan oleh rakyat.

"Insya-ALLAH, kita yakin manifesto PN mampu mencari penyelesaian lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh kerajaan hari ini.

"Sayang seribu kali sayang, banyak inisiatif yang dibangunkan oleh kerajaan PN tidak diteruskan padahal ia mampu membela nasib anak muda," jelasnya.