Anwar ucap tahniah pelantikan Li Qiang sebagai PM baharu China

Iklan
Anwar - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mengucapkan tahniah kepada Li Qiang atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri China ke-8.

Anwar berkata, beliau berharap dapat bekerjasama rapat dengan kepimpinan China untuk meneroka bidang kerjasama baharu memandangkan kedua-dua negara akan memperingati ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif Malaysia-China tahun ini.

Iklan
Iklan

"Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada H.E Li Qiang atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-8 Republik Rakyat China.

"Malaysia kekal komited ke arah mengukuhkan hubungan sejarah yang telah lama terjalin dengan China,” ciapnya di Twitter.

Iklan

Agensi berita China Xinhua melaporkan Li, 63, disahkan sebagai Perdana Menteri China pagi Sabtu, selepas dicalonkan oleh Presiden Xi Jinping. - Bernama

Iklan