Tewas kepada Noraini, Shahrizat terima dengan hati terbuka

Iklan
Shahrizat dalam kemas kini di laman Facebook pada Ahad malam, turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Noraini kerana berjaya mengekalkan jawatan itu. - Foto Facebook Shahrizat Jalil

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menerima kekalahan dengan hati terbuka dalam perebutan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO.

Shahrizat dalam kemas kini di laman Facebook pada Ahad malam, turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad kerana berjaya mengekalkan jawatan itu.

Iklan
Iklan

Beliau berharap Noraini akan membawa Wanita UMNO ke satu tahap yang lebih cemerlang.

"Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Noraini atas kemenangan beliau dan mengekalkan selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Iklan

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Norliza Rahim yang telah berjaya mengekalkan jawatan beliau selaku Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia dan juga kepada barisan Exco Wanita UMNO Malaysia," katanya.

Mengulas lanjut, bekas Ketua Wanita UMNO itu berkata, beliau berasa bertuah kerana diberi peluang untuk meraikan demokrasi dalam UMNO.

Iklan

"Saya rasa seronok setiap minit masa saya bersama Wanita UMNO dan berhubung semula dengan mereka serta ahli parti yang lain

"Walaupun tiada rezeki (menang), tetapi saya pasti ada hikmah dengan keputusan ini,” ujarnya.

Terdahulu, Noraini yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian, manakala Shahrizat memperoleh 70 undi sekali gus cubaan beliau untuk kembali menerajui Ketua Wanita UMNO tidak kesampaian.

Shahrizat sebelum ini mengumumkan persaraan daripada arena politik pada 2018 iaitu selepas 11 tahun memimpin sayap wanita parti Melayu itu. - Awani