Hafidz Roshdi sapa petugas media ketika tiba di mahkamah

Iklan
Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Isnin.

HULU SELANGOR - Pelakon, Hafidz Roshdi yang berdepan pertuduhan menumbuk isterinya sempat menyapa petugas media ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Isnin.

Hafidz, 29, yang tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi memberikan salam kepada wartawan, jurugambar dan juruvideo sebelum memasuki bangunan mahkamah.

Iklan
Iklan

Beliau yang berbaju kemeja berwarna hijau dan jaket kelabu serta berseluar hitam hadir diiringi pasukan peguamnya yang diketuai, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Media pada Jumaat lalu melaporkan pelakon itu akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

Iklan

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pelakon tersebut akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Isteri Hafidz, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, pada 2 Mac lalu membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata dan muka.

Iklan

Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangganya menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan dia berlaku curang terhadap isterinya.

Rentetan itu pelakon itu turut menceraikan isterinya dengan talak satu pada 23 Februari lalu.