Perkhidmatan jaringan Internet pantas seiring pelaksanaan rangkaian 5G

Iklan
Faisal Shadli (kanan) menerima trofi Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) daripada Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli pada 23 Februari lalu.

Faisal Shadli (kanan) menerima trofi Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) daripada Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli pada 23 Februari lalu.

Syarikat pembekal rangkaian jaringan teknologi, Pacton Technologies Sdn Bhd (Pacton Technologies) mempunyai kualiti dan prestasi trek rekod penjualan yang baik dalam bersaing dengan negara-negara luar.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusannya, Faisal Shadli Arshad berkata, aspek-aspek itu penting dalam memastikan produk syarikat mampu memberikan perkhidmatan jaringan Internet yang pantas seiring dengan pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara.

"Sebenarnya, kita boleh bersaing dengan apa yang pesaing buat sekarang sebab kami ada trek rekod yang bagus dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dari luar yang pasaran mereka lebih besar berbanding Malaysia.

Iklan

"Kita juga ada paten tersendiri dari segi proses untuk hasilkan ‘router’. Memang syarikat lain lebih besar, tetapi apabila sesebuah organisasi itu semakin besar, (prestasi) mereka semakin perlahan.

"Kami ada kepantasan dari segi pembangunan. Maksudnya dari rekaan hingga ke produksi, kami boleh hasilkan lebih cepat melalui teknologi yang kami ada,” katanya kepada Sinar Harian.

FAISAL SHADLI

Iklan

Ujar Faisal Shadli, Pacton Technologies yang bermula pada tahun 2018 merupakan antara syarikat tempatan yang memfokuskan ke arah penghasilan rekaan produk modem dan router.

Menurutnya, sehingga kini Pacton Technologies telah berkembang maju dan mempunyai tiga cawangan di luar negara iaitu Indonesia, Australia dan China.

"Fungsi kami adalah dari segi kepakaran untuk rekaan paparan litar bercetak (PCB). Setiap barangan elektronik perlu ada PCB mereka sendiri. Kepakaran kami untuk sesuaikan dengan keperluan jaringan komunikasi, dari segi teknologi komunikasi maklumat (ICT),” jelasnya.

Mengulas mengenai kejayaan yang dicapai sepanjang tempoh penubuhan syarikat berkenaan, Faisal berkata, Pacton Technologies pernah membekalkan sebanyak 150,000 unit peranti router kepada pasaran negara luar iaitu Afrika Selatan.

Jelasnya, ia susulan penjualan peranti jenama itu mendapat sambutan yang menggalakkan oleh para pengguna di negara tersebut.

"Pada awalnya, kontrak pertama hanya 30,000 unit router untuk percubaan. Apabila mereka cuba di pasaran runcit, produk itu mendapat sambutan.

"Kemudian mereka tambah kontrak kepada 150,000 unit dan kami mulakan produksi pada Februari 2021,” katanya. Pihaknya turut berdepan dengan pelbagai cabaran sewaktu awal penubuhan syarikat.

Faisal Shadli (kiri) bersama pasukan Pacton Technologies mengadakan sesi perbincangan.

Antaranya, dari segi membina keyakinan dan mengukuhkan nama di antara pesaing-pesaing luar negara."Bukan perkara yang mudah untuk kami yang baru bertapak hendak mengukuhkan jenama. Ia juga melibatkan perspektif pengguna kerana kami syarikat tempatan bukan antarabangsa.

"Kebanyakan tawaran di pasaran dimonopoli syarikat antarabangsa, mereka lebih besar dan jana keuntungan berbilion ringgit. Apabila kami berjumpa dengan syarikat-syarikat telekomunikasi yang besar, mereka tidak kenal kami. Cabaran pertama kami adalah untuk memperkenalkan diri,” kata Faisal Shadli.

Cabaran kedua, melibatkan aspek kewangan atau modal bagi menampung kos-kos yang perlu ditanggung seperti barangan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta elektronik untuk menghasilkan produk.

Cabaran ketiga mereka adalah untuk memutuskan monopoli agar syarikat kecil dalam negara yang mempunyai kepakaran mendapat peluang untuk bekalkan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi negara.

Strategi masa depan

Pacton Technologies menetapkan strategi perancangan untuk bergerak ke arah pasaran runcit pada tahun ini.

"Ketika ini operasi kami berkonsepkan secara perniagaan-ke-perniagaan (B2B), tetapi kami rancang untuk pergi ke arah perniagaan-ke-pengguna (B2C).

"Jadi tawaran yang diberi kepada pasaran dihasilkan sendiri secara dalaman, tiada pakar dari luar tetapi kami akan pastikan kualiti produk terutama rangkaian Internet terjaga dan pada harga yang berpatutan,” katanya.

Produk peranti"router” 5G terbaru yang dihasilkan oleh Pacton Technologies.

Beliau yakin Pacton Technologies mampu berkembang lebih jauh dan membawa jenama ke peringkat penyenaraian awam di Bursa Saham pada masa depan.

"Pada tahun ini kami dapat bekerja dengan beberapa agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

"Mereka akan bantu dari segi mendapatkan status perintis, di mana ia akan membantu syarikat kami dari segi inisiatif, cukai dan sebagainya,” katanya.

PROFIL

Nama: Faisal Shadli Arshad

Syarikat: Pacton Technologies Sdn Bhd

Alamat: No 26, Jalan 15/22, Taman Perindustrian Tiong Nam Seksyen 15

40200 Shah Alam, Selangor

Produk: Modem dan router

Tawaran:

- Penyediaan servis rangkaian yang berkualiti

- Capaian kelajuan Internet pada rangkaian 5G

- Harga yang berpatutan

Platform digital syarikat:

Hubungi kami:

- Telefon: 03-5524 5653

- Laman web: https://www.pacton.tech/

- LinkedIN: https://www.linkedin.com/company/pactontechnologies/