MBSB Bank buka cawangan baharu di Kota Bharu

Iklan
Azlan (dua, kiri) semasa pembukaan cawangan baharu MBSB Bank di Kota Bharu.

MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) membuka cawangan baharunya di Jalan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan dalam usaha menyantuni dan mendekati para pelanggan.

Ketua Pegawai Strategi MBSB Bank, Datuk Azlan Shahrim berkata, pembukaan cawangan tersebut penting bagi membolehkan pelanggan menguruskan kewangan secara bersemuka terutama semasa melakukan transaksi yang memerlukan khidmat nasihat terperinci di sebalik kebangkitan perbankan digital.

Iklan
Iklan

"Dengan pembukaan cawangan ini juga, pelanggan boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Akaun Simpanan Primewin-i dan juga Akaun Semasa Primewin-i.

"Ia memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah menarik termasuklah wang tunai, kereta mewah, pakej percutian dan banyak lagi melalui penganjuran kempen 'SIMPAN BERGANDA MENANG BERGAYA 2.0' yang sedang berlangsung sehingga 31 Mei ini," katanya.

Iklan

Menurut beliau, cawangan tersebut juga berfungsi sebagai pusat tumpuan dan tanda keberadaan MBSB Bank dalam kalangan komuniti setempat.

Ujarnya, MBSB Bank sentiasa komited untuk berkhidmat kepada masyarakat bukan sahaja menerusi produk-produk perbankan, tetapi juga menerusi pelbagai program tanggungjawab sosial korporat.

Iklan

Azlan memberitahu, pada Disember 2022, MBSB Bank telah menyalurkan sumbangan makanan asas melalui program ‘Box of Care’ kepada 300 orang penduduk di PPR Kota Bharu.

"Pada Januari lalu, sumbangan ‘Box of Care turut disampaikan kepada 150 orang mangsa banjir di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Pasir Mas," katanya.