Juventus bergelut atasi Sampdoria

Iklan
Massimiliano Allegri

PEMAIN tengah Juventus, Adrien Rabiot menjaringkan gol pada setiap babak untuk memastikan kemenangan 4-2 ke atas kelab tercorot Sampdoria dalam perlawanan Serie A di Stadium Allianz, Turin pada Isnin

Gol Rabiot pada minit ke-26 dan minit 64, Gleison Bremer (m-11) dan Matias Soule (m-94) membolehkan gergasi Itali itu mengumpul 38 mata selepas mengharungi 26 perlawanan.

Iklan
Iklan

Sementara itu gol saguhati Sampdoria dijaringkan Tommaso Augello (m-31) Filip Duricic (m-32) menyaksikan kekalahan ke-18 liga kelab tersebut untuk terus kekal di kedudukan tercorot dengan 12 mata setelah mengharungi 26 perlawanan.

"Saya percaya pasukan mesti meningkatkan pengurusan dalam permainan...Kami mendahului 2-0, namun kami terpaksa berusaha keras untuk menutup ruang kemudiannya melakukan serangan balas.

Iklan

"Pemain pertahanan yang lebih senior sepatutnya memberitahu pemain yang lebih muda dan mengembalikan mereka ke posisi semula.

'Ini adalah situasi yang anda dapat apabila pemain-pemain tidak mempunyai banyak permainan bersama Juventus," kata pengendali Juventus, Massimiliano Allegri.

Iklan

Kemenangan ke-16 aksi liga itu juga menyaksikan Juventus yang musim ini dilanda kecederaan berada dalam kedudukan terbaik untuk mencuri slot terakhir ke saingan Eropah musim depan.

Skuad kendalian Allegri kini mempunyai 38 mata dengan empat mata di belakang Atalanta di tempat keenam yang turut mengintai slot Eropah.

Juventus tanpa beberapa pemain utama termasuk pemain tengah Paul Pogba yang mengalami kecederaan otot selepas latihan akan diketepikan sehingga selepas rehat antarabangsa.

Angel Di Maria, Federico Chiesa dan Alex Sandro turut kehilangan slot kesebelasan utama kerana kecederaan ketika pasukan meraih kemenangan 1-0 ke atas kelab Bundesliga, SC Freiburg dalam aksi Liga Europa pada Jumaat.

"Pagi ini Pogba mengambil sepakan percuma dan berasa sakit pada adductornya. Dia akan menjalani ujian esok tetapi pastinya tidak akan berada di sana pada Jumaat atau Isnin depan jadi kita akan berjumpa dengannya selepas rehat tugasan antarabangsa," kata Allegri.