JKM kesan bapa bayi lelaki berusia dua bulan

Iklan
Bayi lelaki berusia dua bulan ditinggalkan bapa kandungnya sejak dilahirkan.

BUKIT MERTAJAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Seberang Perai Tengah sedang mengesan bapa kandung seorang bayi kanak-kanak lelaki baru berusia dua bulan.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah, Noor Liza Azezool berkata, kanak-kanak itu ditinggalkan bapa kandungnya yang juga warganegara Indonesia tanpa dokumen pengenalan diri sejak dua bulan lalu setelah kematian ibu kandungnya yang juga warganegara Indonesia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kanak-kanak itu telah ditinggalkan bapa kandungnya kerana menguruskan kematian ibu kandungnya.

Noor Liza berkata, permohonan pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 telah diluluskan untuk siaran media.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, waris atau orang ramai yang mengenali bapa kandung atau waris kepada kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Aminul Husaini di talian 04-538 2584.