8 migran maut dua bot terbalik di perairan California Selatan

Iklan
Dua bot yang terlibat dalam menyeludup pendatang asing dilaporkan terbalik di perairan San Diego, California. - Foto AP

LOS ANGELES - Dua bot yang terlibat dalam menyeludup pendatang asing dilaporkan terbalik di perairan San Diego, California mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan penumpang maut, menurut pihak berkuasa pada Ahad.

Ia"adalah antara tragedi penyeludupan maritim paling buruk" di San Diego, kata Ketua Penyelamat San Diego James Gartland pada taklimat media.

Iklan
Iklan

Seorang wanita berbahasa Sepanyol menelefon talian kecemasan 911 sekitar jam 11.30 malam waktu tempatan Sabtu (0630 GMT Ahad) sambil mendakwa dua bot, masing-masing dinaiki lapan dan 15 penumpang terbalik berhampiran Pantai Hitam di San Diego, lapor Xinhua.

Lapan mayat turut ditemukan.

Iklan

Pengawal Pantai Kapten James Spitler, komander sektor Pengawal Pantai San Diego berkata, peningkatan 771 peratus membabitkan kes pemerdagangan manusia di wilayah pantai California Selatan sejak 2017. - Bernama

Iklan