KUALA TERENGGANU - Padah menceroboh dan mencuri hasil laut negara, dua tekong warga Vietnam masing-masing dijatuhi hukuman denda RM300,000 manakala lapan awak-awak pula didenda RM30,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.
Selain itu, tekong, Pham Van Hung, 47, dan Hung, 34, turut berdepan hukuman dua tahun penjara manakala lapan lagi awak-awak berusia antara 21 hingga 49 tahun pula berdepan hukuman satu tahun penjara sekiranya mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.
Keputusan itu dibuat selepas semua tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 (Akta 317) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 25(a) yang dibaca bersama Seksyen 52 (1) (a) (i) dan Seksyen 52 (1)(a)(ii) akta sama.
Mengikut pertuduhan, Pham bersama tiga awak-awaknya berusia 21 hingga 34 tahun didakwa bersama-sama cuba menangkap ikan tanpa kebenaran di bawah mana-mana perjanjian perikanan antarabangsa dan tanpa suatu permit sah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia mengikut Seksyen 19 Akta Perikanan 1985.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di atas vesel penangkapan ikan asing pada jarak 78.5 batu nautika dari Tanjung Mat Amin, Kuala Kemaman, Kemaman, jam 8.50 pagi pada 2 April lalu.
Sementara itu, Hung bersama lima awak-awak berusia antara 22 hingga 49 tahun pula didakwa melakukan kesalahan sama di atas vesel penangkapan ikan asing pada jarak 78.5 batu nautika dari Tanjung Mat Amin, Kuala Kemaman, Kemaman, jam 10.20 pagi pada 2 April lalu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Mohamad Afiq Taqiudin Roslan di hadapan Hakim Azman Mustapha manakala semua tertuduh diwakili peguam, Masliela Ismail daripada Tetuan Ghazali Ismail & Co.
Mahkamah turut memerintahkan vesel, peralatan komunikasi dan navigasi berserta peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan laut yang dianggarkan bernilai hampir RM500,000 bagi setiap tangkapan dilucutkan kepada kerajaan Malaysia.