'Pemimpin terpalit rasuah cerminan senario 'sakit' politik negara'

Iklan
Hamdan

SHAH ALAM - Semakin banyak kes pemimpin terpalit dengan rasuah dan perkembangan itu mencerminkan senario yang tidak sihat dalam landskap politik negara, kata Pengerusi Rasuah Busters Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel.

Tegasnya, perkembangan itu juga sedikit sebanyak mencemarkan imej negara di mata dunia.

Iklan
Iklan

"Melihat perkembangan ahli politik yang dikaitkan dengan rasuah ketika ini, ia amat mencemaskan kita sebagai rakyat Malaysia, kerana hala tuju negara bergantung kepada pimpinan mereka yang tentunya menjadi harapan seluruh rakyat.

"Rakyat mulai sedar akan keburukan rasuah yang menjadi punca ketidakstabilan sistem ekonomi kita. Mereka mahu melihat pemimpin yang bersih dan menjaga amanah serta tidak mengamalkan rasuah, dan apa yang kita lihat sekarang ini ketirisan berlaku di sana sini sehingga merugikan rakyat dan negara," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Justeru, beliau menggesa supaya pemimpin memegang amanah dengan seikhlas hati dan berhenti daripada menjadikan kedudukan politik sebagai platform kepentingan peribadi.

"Sudah tiba masanya pemimpin berkhidmat dengan tulus ikhlas dan menolak rasuah demi Malaysia tercinta.

Iklan

"Semoga kes-kes rasuah yang berlaku menjadi pengajaran kepada pemimpin yang lain. Amalkan politik bersih tanpa rasuah. Ingatlah rakyat sedang memerhatikan dan bakal menghukum kepada mereka yang mengamalkan rasuah," katanya.