Rakyat Malaysia teruja Michelle Yeoh menang Oscar

Iklan
Keluarga Michelle Yeoh bersama Hannah (kanan) dan Nancy (dua dari kanan) di sebuah majlis di ibu negara.

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia berkongsi kegembiraan di atas kejayaan pelakon anak kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh yang meraih Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Detik bersejarah sebagai pelakon Asia pertama yang memenangi anugerah itu turut disaksikan keluarga beliau di Kuala Lumpur dalam satu majlis bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Iklan
Iklan

"Di Kuala Lumpur bersempena majlis tontonan eksklusif The Pride Malaysia Oscar 2023 bersama keluarga Yeoh,” kata Hannah dengan memuat naik beberapa gambar ketika meraikan kejayaan tersebut di Facebook pada Isnin.

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna bernama Jazmi Hassan meluahkan rasa bangga dengan mengucapkan tahniah kepada Michelle menerusi filem drama komedi Everything Everywhere All at Once, yang turut dinobatkan Filem Terbaik.

Iklan

Seorang lagi pengguna, Andrew Wong berkata, kerajaan perlu berusaha untuk memperbaiki mutu industri perfileman tanah air yang memiliki ramai bakat hebat.

"Kami rakyat Malaysia menyokong bakat sebenar. Syabas Michelle Yeoh! Hannah tolong lakukan semua yang anda boleh untuk mengusahakan industri filem yang sedang sakit di Malaysia.

Iklan

"Kita mempunyai lebih ramai bakat muda yang baru berkembang jika mereka menerima sokongan yang diperlukan merentasi semua kaum,” katanya.

Pemilik akuan FB bernama Kuruvilla C K Joseph pula menyatakan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia selepas kejayaan Michelle mendapat perhatian di sosial media.

"Hari yang membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia,” katanya.