Beratus penerbangan di Jerman dibatalkan akibat mogok

Iklan
Lapangan terbang antarabangsa Berlin mengumumkan bahawa semua penerbangan komersial pada Isnin dibatalkan. - Foto Anadolu Agency

BERLIN - Beratus-ratus penerbangan di empat lapangan terbang Jerman dibatalkan pada Isnin ekoran kakitangan keselamatan melancarkan mogok sehari.

Lapangan terbang antarabangsa Berlin mengumumkan bahawa semua penerbangan komersial pada Isnin dibatalkan.

Iklan
Iklan

Lapangan terbang itu terpaksa membatalkan kira-kira 200 penerbangan, menjejaskan 27,000 pelancong, lapor Agensi Anadolu.

Penumpang diminta menghubungi syarikat penerbangan mereka untuk mengetahui status penerbangan semasa.

Iklan

Lapangan terbang Hamburg juga memaklumkan bahawa tiada pelepasan akan dilakukan pada Isnin, dan mogok itu mungkin akan menyebabkan pembatalan dan kelewatan.

Gangguan dan pembatalan penerbangan juga dijangka berlaku di lapangan terbang Bremen dan Hanover.

Iklan

Kesatuan sekerja menuntut kenaikan gaji melebihi inflasi, kadar saraan yang lebih tinggi untuk kerja lebih masa dan syif malam serta penambahbaikan persekitaran kerja. - Bernama