GUA MUSANG - Penyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li dicabar dua individu yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan 18 Mac ini.
Individu tersebut ialah Shaari Lembut dan Che Izani Che Musa yang akan mencabar kedudukan bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu.
Iklan
Iklan
Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Gua Musang, Ab Aziz Yusoff.
"Pemilihan pada 18 Mac ini akan berlangsung di Balai Rakyat, Bukit Cekati di sini," katanya kepada pemberita.
Beliau memberitahu, para perwakilan dinasihatkan supaya datang awal bagi melancarkan perjalanan majlis.
Ku Li merupakan antara figura UMNO yang masih aktif berpolitik di negara ini.
Media sebelum ini melaporkan veteran UMNO itu memberi bayangan akan mempertahankan jawatannya buat kali terakhir pada pemilihan kali ini.