Haram suami pukul muka isteri

Iklan
Seorang pelajar lelaki cedera dipercayai dipukul pelajar berusia 17 tahun di sebuah sekolah berasrama di Bentong, pada Jumaat. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Himpunan kisah rumah tangga babitkan kisah 'Suamiku Si Kaki Pukul' dikongsikan Jawi menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.)

KUALA LUMPUR - Suami tidak boleh memukul wajah isteri walaupun terjadi perselisihan yang dahsyat kerana hukumnya haram.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi ciapan di Twitter pada Isnin berkata, di alam perkahwinan, seorang suami tidak boleh memukul isteri.

Iklan
Iklan

Menurut perkongsian tersebut, suami hanya boleh memukul isteri sebagai alternatif terakhir bagi tujuan mendidik dan tidak membawa kecederaan.

"Pukulan adalah untuk isteri yang nusyuz sahaja. Seorang suami perlulah menasihati isteri terlebih dahulu sebelum memisahkan tempat tidur.

Iklan

"Jika tidak dihiraukan dah terakhir baharulah pukul jika isteri masih derhaka kepada suami," kata ciapan tersebut.

Jawi menjelaskan, hanya pukulan ringan dibenarkan yang bertujuan memperbaiki hubungan.

Iklan

" Tujuannya mendidik, bukan pukulan keras hingga membuat isteri takut dan lari daripada suami," jelasnya.

Penerangan tersebut merujuk kepada kes membabitkan 'suamiku si kaki pukul' dari kisah benar masalah rumah tangga di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jawi buat iktibar bersama.

Menerusi kes itu, seorang wanita yang mempunyai dua anak berusia tiga tahun dan setahun lima bulan mendakwa suaminya telah bertindak kasar terhadapnya serta anak-anak.

Suaminya tidak bekerja dan mengharap duit ibu untuk perbelanjaan. Ada kala meminta wang daripada pengadu dan apabila permintaan tersebut tidak dipenuhi, wanita itu dikasari dan dipukul hingga memberi kesan kesihatan badan kepada pengadu dan anak-anak

Merujuk kepada permasalahan itu, penyelesaian yang diberikan kepada pasangan tersebut ialah kes tersebut boleh dirujuk di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).

"Si isteri boleh mendapatkan perintah perlindungan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan mengemukakan bukti menjadi mangsa penganiayaan," ujar kenyataan itu.

Jawi turut menasihati para suami untuk sentiasa berhati-hati dan memperbanyak muhasabah diri agar dapat berfikir secara rasional dalam melakukan sesuatu perkara.