Amir Jahari mohon maaf kepada Mas Ermieyati

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat dan tangkap layar ciapan Twitter Amir Jahari

SHAH ALAM - Penyanyi dan komposer, Amir Jahari memohon maaf secara terbuka kepada Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berhubung isu penggunaan lagu 'Hasrat'.

Beliau atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahar berkata, permohonan maaf itu dibuat atas kesilapannya dalam membuat teguran tempoh hari.

Iklan
Iklan

"Perkara yang terjadi ini memberi pengajaran besar buat saya agar lebih menjaga adab dan kata-kata saya kepada orang yang lebih tua dan sesama insan.

"Namun saya jelaskan (permohonan maaf dari diri) tiada surat yang dihantar atau orang YB yang datang, ini hanyalah cara saya memperbaiki diri, memang agak kasar cara saya menegur," katanya menerusi ciapan Twitter pada Isnin.

Iklan

Bagaimanapun, beliau tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan lagunya digunakan atas tujuan politik.

"Saya tidak membenarkan karya saya digunakan oleh sesiapa sahaja dalam 'konten' yang mempunyai agenda politik dan perkara yang boleh memporak-perandakan, hentikan kebencian semua, sebarkan cinta," ujarnya.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan Mas Ermieyati memohon maaf kepada Amir kerana menggunakan lagu tema filem Imaginur, Hasrat sebagai lagu latar untuk hantaran video semasa berada di Mahkamah Kuala Lumpur susulan pendakwaan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.

Jelasnya, beliau sedia menurunkan semula hantaran menggunakan lagu berkenaan dan 'menggantikannya' dengan lagu lain seperti lagu nasyid atau lagu penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza.