KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Isnin menafikan satu tangkap layar berita yang tular di media sosial memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada Rabu ini susulan kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Akademi (Oscar).
JPM menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan maklumat yang disampaikan menerusi tangkap layar berita bertajuk"PM Anwar declares public holiday on Wednesday: This is the pride of a nation!”itu adalah palsu.