PUTRAJAYA - Kementerian Luar hari ini mengesahkan setakat ini, tiada laporan tentang rakyat Malaysia yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda Pulau Luzon, Filipina, semalam.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini turut menasihati rakyat Malaysia di Filipina, sama ada sedang melawat atau tinggal di kawasan yang terjejas, supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan daripada pihak berkuasa.