Stres tengok sikap orang kita yang mentaliti kelas ketiga

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

BARU-baru ini, Merak Jalanan meluangkan masa bersama keluarga di sebuah pusat rekreasi air terjun di Selangor untuk berkelah, merehatkan diri selepas beberapa hari sibuk dengan kerja mencari berita.

Merak Jalanan seperti pengunjung lain, pasti akan mencari tempat terbaik untuk membentang tikar bagi membolehkan kami sekeluarga duduk menikmati hidangan dibawa, diselang-selikan aktiviti berendam dalam sungai.

Iklan
Iklan

Tapi, amat menghampakan apabila banyak tempat-tempat yang berselerakan dengan sisa makanan, plastik dan tisu yang tidak dibersihkan pengunjung sebelum ini.

Malah, dikerumuni lalat dan bau kurang menyenangkan sehingga menusuk ke dalam hidung.

Iklan

Nak tak nak, Merak Jalanan terpaksa membersihkan sendiri, membuang sampah-sampah tersebut ke dalam tong disediakan.

Menjelang tengah hari, semakin ramai datang ke pusat rekreasi itu untuk berkelah dan semakin meriah.

Iklan

Sambil mandi-manda, Merak Jalanan melihat seorang pengunjung yang tanpa mempedulikan orang awam, merokok dan membuang puntung ke dalam air sungai.

Merak Jalanan tidak boleh bersabar lagi, lalu memberi teguran kepada individu berkenaan. Namun dibalas dengan muka selamba individu berkenaan seolah-olah tiada apa berlaku.

Nasib malang Merak Jalanan tidak habis di situ. Ketika mahu pulang, Merak Jalanan sekali lagi ‘naik darah’ apabila mendapati satu plastik sisa makanan dan botol kosong betul-betul dibuang berdekatan pintu kereta Merak Jalanan.

Sepanjang jalan ketika memandu, Merak Jalanan terfikir, masih ada rakyat Malaysia yang mempunyai mentaliti sebegini.

Sedangkan sejak tadika kita sudah diajar supaya menjaga alam sekitar.

Sepatutnya Merak Jalanan bergembira dapat beriadah bersama keluarga pada hari itu, tetapi terus bertukar menjadi stres dengan perangai segelintir orang kita yang memiliki mentaliti kelas ketiga.