Harap peruntukan baik pulih Klinik Kesihatan Chaah dilulus segera

Iklan
Antara aset yang rosak di Klinik Kesihatan Chaah. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan segera peruntukan bagi membaik pulih Klinik Kesihatan Chaah di Segamat yang rosak teruk akibat banjir baru-baru ini.

Menurut Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon, peruntukan itu diharap dapat membantu klinik kesihatan berkenaan meneruskan operasinya seperti biasa berbanding beroperasi di balai raya ketika ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, petugas klinik kesihatan berkenaan ketika ini hanya menjalankan proses rawatan biasa terhadap pesakit dan mereka yang memerlukan rawatan lanjut perlu ke klinik kesihatan berdekatan.

Klinik Kesihatan Chaah kini beroperasi buat sementara waktu di sebuah balai raya di kawasan berkenaan.

"Klinik kesihatan tersebut kini beroperasi di balai raya buat sementara, terpaksa begitu kerana dah rosak teruk, barang-barang (aset), report (laporan rekod perubatan) semuanya telah rosak akibat banjir.

Iklan

"Kita dah mohon dengan KKM dan diharapkan permohonan ini dapat diluluskan segera supaya dapat pulihkan operasi klinik kesihatan tersebut dalam masa terdekat,” katanya pada Isnin.

Untuk rekod, Klinik Kesihatan Chaah di daerah Segamat, merupakan fasiliti kesihatan yang paling teruk terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Iklan

Selain itu difahamkan, tidak kurang 30 fasiliti kesihatan lain turut terjejas namun yang paling teruk merupakan Klinik Kesihatan Chaah yang dianggarkan memiliki seramai 80 kakitangan selain mengendalikan sekitar 150 kes sehari mengikut janji temu yang telah ditetapkan lebih awal.

Keadaan di Klinik Kesihatan Chaah selepas dinaiki air dalam kejadian banjir baru-baru ini. - Foto Bernama

Sementara itu, Tian Soon berkata, pihaknya mempunyai perancangan membina sebuah klinik kesihatan yang baharu di Chaah.

Bagaimanapun katanya, perkara berkenaan tertangguh berikutan berdepan beberapa kekangan terutamanya dari segi keutamaan.

"Kita dah ada rancangan untuk bina klinik kesihatan baharu di Chaah, tetapi ada beberapa kekangan yang diterima.

"Antaranya ialah perlu ikut keutamaan,” katanya.