Kerajaan Perak tak pernah dapat hasil ternakan babi

Iklan
Sivanesan ketika sesi pengulungan perbahasan Sidang DUN Perak, hari ini.

IPOH - Industri penternakan babi di Perak tidak memberikan pulangan kepada kerajaan negeri biarpun penternakan itu bermula sejak 100 tahun yang lalu.

Exco Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A Sivanesan berkata, Perak adalah pengeluar utama daging itu di negara ini namun kerajaan negeri tidak mendapat sebarang keuntungan.

Iklan
Iklan

"Selama ini, di bawah kerajaan BN mahupun PH, pihak negeri tidak dapat untung daripada penternakan khinzir tetapi mereka dibenarkan (menternak khinzir) bukan sejak satu dua tahun tapi 100 tahun.

"Mereka tidak bayar apa-apa pun dari segi sumbangan kewangan kepada kerajaan negeri. Jadi sekarang kalau kita susun industri ini, maka saya percaya di Perak sahaja boleh dapat RM1 bilion hasil negeri yang telah dinafikan selama ini," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Sidang DUN Perak di sini, hari ini.

Iklan

Sivanesan sebelum itu menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib (Slim-BN) sama ada kerajaan menerima cadangan pembangunan penternakan babi secara berkelompok di Kuala Bikam.

Menurutnya, setakat ini Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak mahupun kerajaan negeri tidak menerima sebarang cadangan pembangunan babi berkelompok secara besar-besaran di kawasan tersebut.

Iklan

Sementara itu, Sivanesan berkata, pelaksanaan penstrukturan semula industri berkenaan akan dilaksanakan mengikut undang-undang sedia ada serta menjaga sensitiviti semua pihak.

"Terdapat sebanyak 115 ladang ternakan khinzir di negeri ini dan kerajaan persekutuan sudah membuat keputusan kesemua ladang khinzir harus ditukarkan kepada sistem lebih moden pada atau sebelum 2018. Bagaimanapun tempoh tersebut dilanjutkan sehingga tahun 2021," katanya.

Dalam pada itu, pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Fakulti Veterinar menyatakan kesediaan untuk membantu kerajaan negeri mengatasi masalah berkaitan penternakan khinzir ini.