Lanjut operasi klinik: Isu bayaran pegawai perubatan dibincang

Iklan
Dr Zaliha Mustafa. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Isu mengenai pegawai perubatan yang tidak dibayar berikutan pelanjutan waktu operasi klinik kesihatan telah dibincangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, perkara itu dalam perhatian pihaknya.

Iklan
Iklan

"Kita melihat dengan teliti dan memperhalusi aduan-aduan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan penyakit berjangkit tropika di sini pada Selasa.

Sabtu lalu, tular tangkap layar mengenai dakwaan pegawai perubatan tidak dibayar bagi tempoh 30 minit selepas kementerian melanjutkan pengoperasian klinik kesihatan.

Iklan

Dr Zaliha pada Ahad lalu menggalakkan penyertaan klinik perubatan am swasta (GP) dan doktor kontrak untuk bekerjasama bagi menjayakan inisiatif melanjutkan waktu operasi selepas waktu pejabat.

Bagaimanapun Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) meminta penjelasan KKM sama ada kerajaan akan menawarkan imbuhan yang sewajarnya kepada penyertaan klinik perubatan am swasta (GP) dan doktor kontrak bagi tujuan itu.

Iklan