Datuk Roy serah diri, direman SPRM

Iklan
Datuk Roy ditahan SPRM setelah hadir menyerah diri kepada pihak berkuasa itu pada petang Isnin.- Gambar hiasan

SHAH ALAM - Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, atau turut dikenali sebagai 'Datuk Roy' yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini akhirnya menyerah diri kepada pihak berkuasa itu pada petang Isnin.

Dia yang dipercayai perancang utama dalam kes rasuah program Jana Wibawa ditahan SPRM setelah hadir menyerah diri.

Iklan
Iklan

Sumber SPRM berkata, Datuk Roy kini ditahan reman di SPRM Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Datuk Roy dicari SPRM kerana dipercayai menjadi perancang utama dalam kes rasuah melibatkan siasatan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan kes program Jana Wibawa.

Iklan

Empat individu termasuk seorang pegawai SPRM ditahan, namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 bagi mengelakkan siasatan ke atas program kontroversi itu.

Datuk Roy pernah dituduh di mahkamah sebelum ini dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah.

Iklan