KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Hanya kerana tidak dapat wang RM50 yang diminta daripada ibu, seorang buruh bertindak membakar motosikal adiknya selepas memukul kenderaan itu menggunakan tukul.
Perbuatan Supardi Samah, 39, bagaimanapun dibalas dengan hukuman penjara selama dua tahun dan denda RM3,000 oleh mahkamah sesyen di sini, hari ini.
Iklan
Iklan
Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan khianat guna api dengan niat hendak atau diketahui kemungkinan akan menyebabkan kerosakan motosikal jenis SYM bernilai RM3,000 di Kampung Belanga, Kuala Krai, pada jam 10 pagi, 14 April lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan denda.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry.