KELAB Liga Perdana Inggeris Chelsea akan menganjurkan jamuan berbuka puasa buat julung kalinya di stadium Stamford Bridge pada 26 Mac, beberapa hari selepas Ramadan tiba.
"Sejumlah jemaah dari masjid tempatan dan ahli komuniti Islam serta penyokong Chelsea termasuk pelajar sekolah dijemput hadir, bersama-sama kakitangan Chelsea FC," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kelab gergasi itu pada Isnin.
Iklan
Iklan
Ketua Yayasan Chelsea Simon Taylor berkata pihaknya"berbesar hati" menganjurkan jamuan buka puasa secara terbuka dan tidak sabar mengalu-alukan kehadiran semua orang.
Acara itu dilaksanakan dengan kerjasama 'Ramadan Tent Project,' sebuah badan amal yang ditubuhkan pada 2013 dengan matlamat menyatukan masyarakat serta menerapkan pemahaman tentang bulan mulia itu.
Pada 2021, Chelsea melancarkan kempen"No To Hate" dan menggalakkan kesaksamaan, kepelbagaian dan keterangkuman. - Bernama