KUALA LUMPUR –"Buang duit sahaja hantar ganja kepada saya dan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kami bukan ambil ganja.”
Itu respons Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli secara berseloroh ketika diminta mengulas mengenai rampasan bungkusan mengandungi ganja yang dihantar ke alamat penerima palsu, kononnya dibeli olehnya dan Anwar.