[VIDEO] Tengku Mahkota Kelantan rasmi Kompleks Mahkamah Kota Bharu

Iklan
Tengku Mahkota (dua,kiri) bersama Raja Perempuan (dua, kanan) dan Che Puan Mahkota Kelantan (kanan) melihat pameran semasa perasmian Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada Selasa.

KOTA BHARU - Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra berkenan mencemar duli merasmikan Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini pada Selasa.

Baginda semasa bertitah merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Badan Kehakiman yang sentiasa cakna terhadap keperluan untuk menambah baik mahkamah di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Setelah beroperasi semenjak tahun 1969, bangunan lama Kompleks Mahkamah Kota Bharu tidak lagi berupaya untuk menampung operasi.

Turut mencemar duli Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan C he Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson.

Tengku Mahkota (empat dari kiri) bersama barisan tetamu terhormat yang hadir pada perasmian Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada Selasa.

Iklan

Hadir sama ialah, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Tengku Mahkota Kelantan percaya operasi di mahkamah baharu yang serba lengkap dengan kemudahan infrastruktur kondusif dan berteknologi tinggi bukan sahaja memberi keselesaan tetapi bertujuan mempertingkatkan tahap kecekapan dalam pengendalian kes-kes demi memastikan sistem penyampaian keadilan dilaksanakan dengan berkesan.

Iklan

Sehubungan dengan itu, baginda mendoakan agar Kompleks Mahkamah Kota Bharu dapat menjadi pemangkin kepada impak positif kepada semua pihak demi kepentingan agama dan negara.