Hazard tagih peluang beraksi

Iklan
Hazard (kiri) merayu simpati Ancelotti peluang untuk turun beraksi bersama Real Madrid. - Foto Agensi

PENYERANG Real Madrid, Eden Hazard merayu untuk meraih minit permainan selepas tidak beraksi sejak tahun lalu.

Pemain berusia 32 tahun itu ketika ini seperti 'terperangkap dalam lingkaran' setelah lama tidak menikmati aksi domestik dan Eropah.

Iklan
Iklan

Hazard tidak beraksi dalam saingan La Liga atau Liga Juara-Juara sejak Piala Dunia Qatar tahun lalu.

"Satu-satunya perkara yang boleh mengangkat saya keluar daripada lingkaran ini ialah minit permainan.

Iklan

Hazard masih mempunyai baki kontrak setahun bersama Real setelah keluar dari Chelsea pada 2019.

Dia juga mengakui tidak mempunyai hubungan yang baik dengan jurulatih, Carlo Ancelotti, namun masih mahu kekal bersama Real Madrid.

Iklan

"Saya tidak bercakap dengan jurulatih.

"Saya mahu kekal di sini dan membuktikan masih boleh bermain bola sepak biarpun ada yang meragui kemampuan saya,” katanya.

Hazard berkata, beberapa rakan sepasukan menasihatinya untuk berpindah, namun dia mahu kekal di Real dan tidak akan meninggalkan kelab pada jendela perpindahan seterusnya.

"Saya tidak meminta diturunkan sepenuh masa, cuma saya mahu rasa masih berguna buat pasukan,” ujarnya.

Hazard mengumumkan berundur daripada aksi di pentas antarabangsa bersama Belgium selepas Piala Dunia Qatar tahun lalu.