Tempoh proses permohonan permit ekspatriat dipendekkan

Iklan
Dari kiri: Pengerusi Bersama Pemudah, Datuk Dr Ameer Ali Mydin, Rafizi, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Abdul Latif Abu Seman dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron ketika sidang media di bangunan Parlimen pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) bersetuju satu kaedah dan proses permohonan ekspatriat yang lebih pendek dan baik akan diumumkan kerajaan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perkara tersebut mendapat persetujuan menerusi mesyuarat pertama agensi berkenaan dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

Iklan
Iklan

"Tiga bulan itu memberi ruang dan masa kepada semua agensi terlibat untuk lakukan harmonisasi (penyelarasan), bagi memastikan usaha memudah dan memendekkan permohonan permit ekspatria (selain) ia juga mematuhi semua kehendak undang-undang dan dasar negara.

"Keputusan dibuat selepas perbincangan bersama pihak industri dan pelabur mengenai tempoh permohonan permit ekspatriat yang terlalu lama hingga memberi kesan kepada ekonomi negara," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan, platform Pemudah telah diaktifkan semula bagi menyelesaikan proses dan prosedur di peringkat kerajaan sekali gus mempercepatkan urusan perniagaan.

Selain itu ia juga bagi memastikan Malaysia sebagai destinasi mesra perniagaan dan pelaburan.

Iklan

Sementara itu Rafizi yang juga Pengerusi Bersama Pemudah memaklumkan, kerajaan juga bersetuju untuk mempertingkatkan program Akademi dalam Kilang (AiF) secara nasional yang mana projek perintis itu telah dilaksanakan sejak sekian lama.

"Ia akan membantu ekonomi negara untuk tidak bergantungan kepada pekerja asing selain dapat membantu menangani isu ketidakpadanan pekerjaan," ujarnya.

Program AiF merupakan kerjasama antara industri, akademia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk meningkatkan produktiviti negara.

"Sudah tentu satu perhatian kerajaan juga (termasuk) untuk memastikan mereka yang lepasan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) yang sebelum ini sukar mendapat pekerjaan akan dipadankan.

"Selain itu ia bertujuan memenuhi permintaan pihak industri berkenaan tenaga kerja terlatih di samping memberi ruang kepada lepasan graduan atau sekolah untuk mendapatkan kemahiran yang diperlukan,” katanya.