China sambung semula khidmat pengeluaran visa bermula esok

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

BEIJING - Pejabat konsul Kementerian Luar China memaklumkan pengeluaran visa untuk warga asing akan disambung semula bermula esok (Rabu) dalam usaha bagi mempermudah urusan keluar dan masuk ke China.

Menurut kenyataan pejabat konsul, visa yang dikeluarkan sebelum 28 Mac 2020 dan belum tamat tempoh, masih boleh digunakan.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, agensi yang memeriksa serta mengeluarkan visa di luar China dan di pelbagai pintu sempadan akan meneruskan semula perkhidmatan masing-masing.

Dalam pengumuman itu, China akan membenarkan pelancong asing memasuki wilayah Hainan tanpa visa termasuk pelancong yang menaiki kapal pelayaran Shanghai dan rombongan pelancong asing yang masuk wilayah Guangdong dari wilayah Hong Kong dan Macau.

Iklan
Iklan

Sementara itu, pelancong dari negara ASEAN pula, China akan turut membenarkan mereka memasuki ke bandar Guilin, wilayah Guangxi tanpa visa. - Bernama