Enam lelaki cedera nahas lapan kenderaan

Iklan
Enam mangsa dilaporkan cedera dalam nahas membabitkan lapan kenderaan di Plaza Tol Simpang Pulai, Ipoh. - Foto ihsan Bomba Perak

IPOH - Enam lelaki dilaporkan cedera dalam nahas membabitkan lapan kenderaan di susur keluar Plaza Tol Simpang Pulai, di sini pada Selasa.

Kejadian sekitar jam 2.30 petang itu melibatkan lima lori termasuk lori kontena, sebuah kereta jenis Perodua Bezza, kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Grand Starex dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Subaru Forester.

Iklan
Iklan

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku apabila salah sebuah lori mengalami kerosakan brek lalu merempuh belakang sebuah lori sebelum menggelongsor ke hadapan melanggar enam kenderaan lain.

Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Iklan

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dengan bantuan BBP Gopeng bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

"Setiba di lokasi kejadian terdapat dua pemandu tersepit di tempat duduknya dan kerja-kerja menyelamat dilakukan dengan menggunakan peralatan khas.

Anggota bomba berjaya mengeluarkan yang tersepit dalam nahas membabitkan lapan kenderaan di Plaza Tol Simpang Pulai, Ipoh pada Selasa. - Foto ihsan Bomba Perak

Iklan

"Pasukan mengambil mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan menaiki jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) manakala empat lain menaiki ambulans.

Tambah beliau, operasi tamat sekitar jam 4.10 petang selepas memastikan tiada mangsa lain terlibat dalam kejadian itu.