Maimunah Tengah, 69 melakukan proses menampi padi (memisahkan padi yang kosong) ketika tinjauan di Kampung Padang Mengkuang hari ini.
Selain menggunakan kaedah mesin menampi padi, padi yang telah ditumbuk dan dikisar juga boleh dipisahkan biji beras dan kulit dengan kaedah menampi menggunakan nyiru.
Bagi sebilangan kecil penduduk terutama kaum wanita di sini masih melakukan kaedah menampi padi selepas kerja-kerja menuai padi.